Minuman Campuran 3+1 Berasaskan herba HABBATUS SAUDA(Nigella Sativa)/ atau Jintan Hitam di bawah rangkaian jenama "Silver Alam". Kelebihan Minuman ini adalah kerana adanya ramuan Habbatus Suda/ Jintan Hitam + ektrak sedikit Tongkat Ali + Kopi Bermutu Tinggi, Jadi pelbagai khasiat ramuan campuran ini menjadikan SILVER ALAM sebagai satu MINUMAN langkah alternatif ke arah kehidupan semula jadi yang bukan saja bersih dan suci HALAL malah memberi faedah kesihatan fizikal dan mental amnya.
Apakah Itu Habbatus Sauda
HABBATUS SAUDA adalah sejnis tumbuhan semulajadi dalam bentuk rumput kecil. Ia mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang bewarna biru yang mana didalamnya terdapat biji HABBATUS SAUDA.
HABBATUS SAUDA yang dekenali dengan nama saitifiknya "NIGELLA SATIVA" telah pun digunakan dimerata duia sejak zaman berzaman terutamanya di negara Timur Tengah sebagai ubat semulajadi bagi pelbagai penyakit. Menurut rujukan sejarah membuktikan bahawa HABBATUS SAUDA digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 2000-3000 tahun sebelum masihi.
|
Nigella Sativa |
Hadith
Dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.W.t bersabda:
"Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda inikerana sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali As-sam (maut)"
(riwayat Bukhari dan Muslim)
KHASIAT HABBATUS SAUDA
HABBATUS SAUDA berfungsi :
menguatkan sistem ketahanan badan semulajadi, mengecutkan semua jenis ketumbuhan, berkesan untuk mengubat batuk yang lama (kronik), selsema, sesak nafas, asma, luka-luka dihati dan dalam perut, batu hempedu, batu karang, gastrik, ulser, kurang penghadaman dan mengandungi hormon bagi menambah kecergasan mental dan seksual serta boleh mengelakkan barah.
Ia juga dapat mengatasi pelbagai jenis alahan dan gatal-gatal kulit, membantu menguatkan fungsi kelenjar, merenggang permukaan kulit, boleh mengatasi sakit puan (Mestris, indomeferitis Ophoritis) sengugut, melancarkan peredaran haid, berfaedah untuk sakit tuan seperti lemah tenaga batin (premature ejaculation), membersihkan perut dari angin dan kahak.
Produk dari HABBATUS SAUDA mempunyai khasiat yang amat tinggi. Ia mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan penyakit yang sering dihadapi oleh manusia dan selamat digunakan.
KELEBIHAN HABBATUS SAUDA
- Rerumput kecil yang berbunga secara tahunan.
- Tidak tumbuh dalam iklim tropika seperti Malaysia. Oleh itu terpaksa di import dari negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Asia Tenggara.
- HABBATUS SAUDA ditanam secara meluas di Afrika Utara, terutama di Mesir, Selatan Eropah, sedikit di Syria, Iran dan India.
- Ibnu Sina dalam bukunya 'Canon Of Medicine" menyatakan HABBATUS SAUDA merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
- Ibnu Qayyim dalam bukunya "Medicine of the Prophet" menyatakan HABBATUS SAUDA berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
- Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati HABBATUS SAUDA mempertingkatkan daya tahan sakit (Immune System).
- HABBATUS SAUDA merupakan tumbuhan paling banyak unsur senyawa.